Friday, September 25, 2009

SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL





    Terima Kasih daun keladi kepada Ahli Parlimen Kota Belud, Dato' Abd. Rahman Datuk Dahalan atas peruntukan yang diluluskan untuk membuat tandas di kampung yang memerlukan. Hari selasa lepas saya mengunjungi saudara jauh di kampung ambong dan perasan ada tandas yang dibina. Saya bertanya kepada penduduk kampung dan mereka memberitahu ia adalah peruntukan parlimen bernilai RM15,000. Saya juga diberitahu kontraktor tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan. Ini adalah salah satu jasa baik ahli parlimen kita kepada masyarakat Kota Belud dan penduduk kampung ambong khasnya. Sumbangan yang tampak tidak seberapa ini sebenarnya amat berguna kepada penduduk kampung seperti ambong. Terima Kasih YB dan Tahniah kepada Kontraktor Tuan Haji Batun kerana cekap menjalankan kerja.
    Saya terkejut terjumpa kawan lama di ambong dan kami sempat bercerita. rupa2nya ada juga yang tidak kena tentang projek tandas ini. menurut kawan lama ini sebenarnya spesifikasi dan justifikasi yang diberi pejabat daerah ialah 3 pintu dan bukan satu pintu seperti gambar di atas. Bila saya merisik dengan rakan-rakan dipejabat daerah, Kontraktor yang membuat tandas ini, Tuan Haji Batun sudah menuntut tetapi tidak menerima pembayaran dari pejabat daerah kerana tidak memenuhi spesifikasi atau justifikasi pejabat daerah. Satu tindakan yang bijak dari pejabat daerah kota belud yang sememangnya harus dipuji dan pastinya satu tamparan hebat kepada kontraktor, Tuan Haji Batun. Tuan Haji Batun memberi alasan beliau telah memberi RM6,000 kepada Pegawai Khas Parlimen kawasan Usukan En. Aslie Perlin kerana diminta berbuat demikian oleh En. Aslie Sendiri dan disebabkan itu tidak dapat membuat 2 pintu tandas sebaliknya hanya membuat 1 pintu sahaja. Jadi dapat saya simpulkan En. Aslie adalah penyebab kepada mengapa Tuan Haji Batun sebagai kontraktor tidak menerima bayaran dan ini boleh menjejaskan prestasi dan kewangan kontraktor bumiputra seperti Tuan Haji Batun yang pada saya terdesak dan dipaksa berbuat demikian. Bayangkanlah RM6,000 sudah lesap awal iaitu 40% dari nilai projek. Penduduk Kampung ambong yang sepatutnya mendapat kemudahan 2 pintu tandas hanya mendapat 1 pintu sahaja. Nama YB kita pun akan terjejas tapi apa boleh buat dia juga yang pilih sendiri pegawai-pegawainya. Baru projek RM15,000 Sudah ambil RM6,000 bayangkanlah Kalau projek RM150,000. Kualiti projek akan meragukan kerana bukan nilai sebenarnya. Ini juga akan memberi kesan kepada ekonomi negara apabila kontraktor mengalami masalah akibat orang-orang seperti En. Aslie.Beginilah kalau BN bikin projek..hehehe...anggaplah kronologi cerita ini bukan tuduhan tapi cuma mahu menceritakan supaya menjadi teladan. Satu malaysia, Suapan didahulukan, Kontraktor mati kutu.PAS pilihan tepat. Takbir!!!

22 comments:

Watababai said...

Ziarah watasikadi..


Saya mengenali Hj. Batun..saya akan berjumpa dgn beliau utk mendapatkan kesahihan cerita sdr ini.

watasikadi said...

ok. saudara jumpalah direct terus. sumber saya adalah haji mayor, kerani pejabat daerah yang menguruskan pembayaran bagi peruntukan parlimen.

perompak harta rakyat said...

biar betul, tandas macam ni punye buruk rm 15,000! kalau bagi duit kat orang kampung yang jujur rm 6000-rm 7000 pun dah boleh buat tansa standard macam ni...

watasikadi said...

betul tu tuan perumpak.nasiblah pejabat daerah ndak bayar tau..hehe

Anonymous said...

salam...

dengar2 si asli parlin ni memang suka makan suap....dulu projek ICT di masjid Kota Belud pun dia tipu DRD..sehingga kan DARD terpaksa menipu...kononnya beliau tersilap cakap tentang jumlah peruntukkan RM11 ribu aje kot...bukanya RM15 ribu....Padahal semua orang tahu peruntukkan itu RM15 ribu...Sumber saya adalah saudara Aslie Parlin sendiri...

jangan nak cover sangat sampai tak reti mana neraka dan mana syurga...Takbir...!

Anonymous said...

salam ziarah,

Na sekarang baru kita sedar siapa si Aslie hidung besar ini...biasalah nafsu kuat hingga sanggup makan rasuah....buat kerja mesti ada imbuhannya....rahman pun kena pecat orang seperti ini..langsung tiada hasil...tengok rumah abang iparnya di kampung pantai emas...abg bululu...puas apply PPRT satu apapun tak le bantu...kata nak tolong orang...habuk pun tarak...tau nak kumpul duit sahaja...piraaaaah....

watasikadi said...

thanks anynomous, saya sebenarnya sudah memberi makluman ini kepada DARD dan mencadangkan pemecatannya itu, tetapi terpulanglah pada DARD. untuk kebaikannya jugalah dan yang saya tekankan adalah untuk kebaikan masyarakat KB. kita harus mendapat apa yang diberikan kepada kita dengan kadar setimpal. bukannya disebabkan oleh orang seperti asli ini rakyat tidak dapat menikmati apa yang sepatutnya dinikmati.saya penyokong setia PAS saya tetap mengutarakan apa yang terbaik untuk masyarakat KB dan tidak hanya menghentam kerajaan dan orangnya untuk kepentingan peribadi walaupun dilihat teguran saya pada DARD bakal memberi kekuatan pada BN. PAS sanggup kalah demi rakyat. TAKBIR!!

Unknown said...

wata' sikadi, kalau cukup bukti minta Hj Batun lapor kepada SPRM.. tindakan mestilah dibuat utk kepentingan rakyat

watasikadi said...

bukti sudah mencukupi. tapi macam biasalah,, haji batun mesti tak mahu lapor takut tidak diberi projek lagi. saya pun mahu buat laporan tetapi saya sudah mempertimbangkannya dari pelbagai segi.. saya lebih suka mengambil pendekatan mendidik berbanding menghukum..asli ini lebih nampak seperti kebaru-baruan dalam mendapat rasuah kerana baru mendapat jawatan sebagai pegawai khas parlimen kawasan usukan. beliau masih ghairah mencari wang demi tanggungjawab keatas keluarga. perkara ini sudah saya panjangkan kepada MP kita dan saya akan melihat reaksi dalaman dari MP kita. jika perkara seperti ini terus berlaku saya akan bersedia melaporkan. kita beri peluang untuk dia menginsafi perbuatannya. bagi saya mendidik lebih bijak berbanding menghukum kerana kita akan merasai hikmahnya dengan mendidik berbanding menghukum. kita lihat reaksi MP kita samada beliau mahu dipilih rakyat semula atau pun tidak. jika beliau membiarkan perkara seperti ini terus berlaku maka rakyatlah akan menghukum beliau. kita juga harus memikirkan sesuatu tindakan untuk jangka panjang, saya takut jika SPRM bertindak rakyat KB mendapat tempias nanti dan tidak akan diberi peruntukan disebabkan perbuatan tidak amanah pegawai parlimen kita..kita juga harus berfikir tentang keluarganya. jika kita fikirkan keluarganya beliau juga mesti berfikir dan tidak mengulangi perbuatannya demi keberkatan rezeki yang menjadi darah daging zuriat. walaupun saya Penyokong PAS namun saya masih mahu menginsafkan ahli-ahli UMNO demi rakyat.

Kuda Berhias said...

Diosa walau sebesar zarahpun akan direkod unruk mendapat keadilan. DARD sudah ditimpai pelbagai musibah termasuk memohon maaf pada masyarakat KB fasal parking. Tak insaf-insaf manusia melakukan kemungkaran...

watasikadi said...

thanks kuda berhias. disinilah kita bakal melihat cara DARD membuat tindakan kepada pegawai khas atau orang harapannya yang tidak bolehdiharap itu..hehe..kita lihat sahaja, jika tiada tindakan maka memang DARD sengaja membiarkan dan sememangnya tidak mahu lagi diundi oleh rakyat KB. macamana mahu undi dicalonkan pun belum tentu..hehehe

Semut Merah said...

Salam Wataksikadi,


Saya amat sedih membaca posting ini, bukan apa pasal si Asli Haji Parlin DARD yang jadi mangsa.

Apa pun kita tunggu dan lihat apakah tindakan DARD kepada si Aslie. Tindakan DARD ke atas beliau menggambarkan baik buruk beliau sebagai Ahli Parlimen Kota Belud

watasikadi said...

thanks saudara semut merah kerana melawat blog saya. saya turut bersedih tetapi DARD juga yang pilih pegawai-pegawai ni..

Junaidi Blog said...

helo brep.... watasi kadi... apalah kamu orang gado pasal tandas ..lapaor ajalah siapa yg slaha siapa yang benar ..... ini bukan kerja pemimpin BN ... kalau lu nak tahu datuk ahli parlimen tak suruh meka semua buat perkara salah macam ni...biasalah bukan semua orang baik dan warak macam watasikadi.... tapi lu hini parti kita orang... apa lu punya pati banyak baik sudahkah ... buktikan jasa yang telah dibut oleh pati korang sejak merdeka samapi hari ini ..apa lu saja yang islam kah ... orang lain tak islam , tak jujur , pembelit . orang yang baik tak hina orang lain ..banayk cantik lu punya muka kata... KATA UMNO MENYUSAHKAN ... apa yang dia telah susuahkan rakyat selama ini atau susahkan lu .....lu buktikan dengan fakta baru ngam ... oh lu belum tahu lagi ... ini UMNO parti yang diterima oleh rakyat negara ini ....sebab perjuangannya jujur .... tak berselindung disebalik agama ... kalau tak UMNO tak perintah negara ... adda faham .... lu senang senang hina parti kita ingat lu punya parti baik sangtkah ....lu ada sekolahkah ... apa punya brooo... nak jadi hero pasal tandas .... tu sana belakang dewan , bawah jembatan anak anak kita, saudara kita , sepupu sepapat kita ... mabuk montoko , hisap dadah yang perlu kita ambil peduli ... lu ada ambil peduli kah .... tetapi kerajan UMNO dan BN sentisa selalau dan selamanya lakukan yng terbaik untuk rakyatnya.... Salam Satu Malaysia uNDILAH BN/ UMNO

watasikadi said...

salam saudara junaidi,
pertama sekali saya minta maaf jika ada rasa terhina. Janganlah terlampau emosi pasal tandas..hehe..saya menulis bukanlah kerana nama. saya pun percaya UBN banyak sumbangannya. cuma kisah tandas ini untuk YB kita memperbetulkan orang dalaman yang orang UMNO sendiri tahu saudara. tidak seharusnya kita bertelagah. saya setuju dengan bait kata saudara ini "UMNO parti yang diterima oleh rakyat negara ini ....sebab perjuangannya jujur .... tak berselindung disebalik agama ... kalau tak UMNO tak perintah negara ... adda faham .... lu senang senang hina parti kita ingat lu punya parti baik sangtkah ....lu ada sekolahkah ... apa punya brooo... nak jadi hero pasal tandas .... tu sana belakang dewan , bawah jembatan anak anak kita, saudara kita , sepupu sepapat kita ... mabuk montoko , hisap dadah yang perlu kita ambil peduli ... lu ada ambil peduli kah .... tetapi kerajan UMNO dan BN sentisa selalau dan selamanya lakukan yng terbaik untuk rakyatnya.... Salam Satu Malaysia uNDILAH BN/ UMNO" saya bukanlah mahu jadi hero pasal tandas, malah saya juga terima rakyat malaysia terima BN tapi harus diterima hakikat bukan semua menerima. jangan kita paksa orang terima parti kita saudara, saudara juga cakap kan, anak-anak bangsa kita mabok montoku, kalaulah kita menjalankan hukum hudud dari dahulu lagi, maka beranikah mereka ini? tapi kita tetap menjalankan perlembagaan UMNO sejak merdeka. dan lihatlah sendiri apa yang kepimpinan UMNO buat untuk peminum montoku? nantilah saya gambar ahli-ahli UMNO minum montoku ok? nanti saya buat posting tajuk ahli UMNO minum montoku. mahu begitu? saya tidak akan buat begitu kerana tidak berfaedah pada rakyat menghina parti orang. tapi kalau tandas yang dianggap remeh ini sangat berfaedah pada penduduk kampung, saudara bolehlah sudah berada di zon selesa, tapi orang kampung macamana? saya sangat berterima kasih pada YB ahli parlimen kita. dan saya dengar tandas ini diteruskan pembinaan mengikut spesifikasi. dan lihat rakyat akan dapat faedah bukan cuma berpolitik kusung di kadai kupi sambil tunggu duit kena salam. kalau cerita montoku kita fikirlah siapa bertanggungjawab, siapa punya sistem pendidikan? tapi anak-anak sendiri harus dididik dengan baik supaya tidak terjerumus. akhirnya diri sendiri fikir untuk diri.aku menulis bukan kerna nama..hehe

watasikadi said...

ala ada pulak UMNO/kerajaan susahkan saya tau junaidi,
terpaksa saya jual laptop tau pasal mau pegi tanjung api malslahmalim untuk assessment SPA jawatan akauntan W41. pastu gagal lagi tu. umalaslah mau bising bukan ada guna pun mau bising. time mengundilah saya tunjuk ok..hehe..kalau ndak percaya tanyalah haji Adzim orang kuat UMNO, anak dia pun gagal juga tu.hehe...sabarnya saudaraku...

Junaidi Blog said...

Asalamualiku salam satu malaysia .Watasiakdi .... ada tiga perkara yang dapat saya amati disini .. Pertama Salam perjuangan , Kedua Anda ingin melahirkan kekeciwaan , ketiga ...persoalan penerimaan Fakta ... Sebelum saya pergi ... saya cuma nak jelaskan bahawa kita adalah perjuang yang sama yang saya kira leluhiurnya jua sama ,walau adologinya berbija . anda telah meninggalakan catitan dalam blog saya bahawa perubahan dan Pindaan Perlemabagan UMNO yang berlaku dalam catitan saya telah anda cemari dengan cataitan bahawa ia sama sahaja menyusahkan .. dan anda harus menggaugjawabkannya ... bukan bermakana kita harus bertelagah didalam semua hal ... sebabanya kita pejuang kepada parti yang berbeza ...lakaran yang anda tinggalkan langsung menyentuh tidak pada perasan tetapi pada penceritaan ....sepatuntanya anda tidak terburu buru menghakis sesuatu yang anda cangahi ...begitu resamya...

Tak syak lagi anda rasanya amat kecewa mungkin tidak pada individu tetapi secara umum langsung kepada pemerintah yang menyebakan anada gagal untuk jawatan akauntan W41.. So Rasanya dalam penceritaan anda soal tuntutan keperluan anda ia bernada sesal dan kecwa wlau tak dapat dirasa perasaan itu .... namun sekiaranay ada tidak bijak untuk menyalahkan sesiapa smaada kerajaan , individu atau sesiapa jua . yang pasti perjuangan anda untuk membina harapan perlu disanjung tinggi .
kita dan semua tahu perbauatan memaksa untuk menerima adologi kita bukan jalan terbaik dan kita tak pernah memaksa ... tetapi sebagai insan kita harus salang menghoramati panadangan penadapat dan idologi orang lain ... tanayalah mana saja atau siapa sahaj .... tak berlaku paksaan selaian ianya akan berhadapan dengan kehancuran yang berpoanajang an ....

Sungguh saya mengatakan montoko dadah dan gajala lainya yang sedang mengahancurkan bangasa dan negara kita kini hebat melanda hari ini telah ditangani bertahun tahun lamanya ....ianya selalu tersekat olah rasa tak kisah dan penaggungjawaban yang tidak menyeluruh ....dikalangan kita ... apatah lagi kita asyek memikirkan titik bengik yang terkadang boleh dikemudinkan .... Paercayalah tidaka ada apa yang amapu mengubah kita melainkan kita mengubanya sendiri.... lebih malang ianya diserahkan sebulantnya kepada pemerintah .... bila tak barhasil .... pemerintah dikecam ... dikata ... dicemuh ... adilkah itu namanaya ...

Agama telah mengariskan hukum hudut sebagai hukum perundangan hidup umat .... mohon amapun kepada allah Swt... kerana ada nas - nas yang tertentu yang bolah mengguna paki keperluanya.... dalam keadaan kita berbilang kaum berbilang agama.. apa pun alasanya hukum tetap hukum ... namun pastikah kita bahawa kaum lain yang juga tuan punya milik tanah negara inidapat menerimanaya.... sematara amalan berbaik danagn semua bangsa dan agama juga dituntut agama .. justru anda silap mengatakan bahawa hanya ahli UMNO minim mentako dan mengingkari agama bahkan telah menjadi fitrah manusia sentiasa dalam kelalaian bersandar kepada surah al as ... "Demi masa sesungguhnya manusia itu didalam kerugian kecuala orang- orang yang beriman dan beramal salleh .. berpesan kepada kebenaran - perpesan kepada kebaikan ...

Saudaraku maafkan.... saya kiranya lakaran ini dan sebelumnya menyentuh dan mengamit dendam dihati ... tetapi ini lah kebenran yang telah kita simulasikan dengan akal dan ilmu ...kita selalu tertingal untuk mencipta kendiri dan negera bangsa .... bersabarlah dengan iringan doia pasti ada pertemuan dipenghunjungnya.... sungguhnya kita menulis ini juga tidak kerana nama .. tetapi sekadar melahirkan padangan dan penadapat yang jujur .... cuma setiap penceritaan ada sandaran tertentu yang akan menjadi kiasan dan tandas adalah salah satu diantaranya ....

semoga ada pertemuan dan muhabah ... salam

watasikadi said...

salam saudara junaidi,
kalau begini hujahnya dari awal baru ada semangat mau membaca, dan baru ada harapan orang muda tersentuh saudaraku. saya bukan kecewa sangat dengan kegagalan assessment w41, namun saya kecewa mengapa perlu assessment tersebut dibuat di semenanjung? sedangkan ini pemilihan oleh akauntan negara(AG) dengan kerjasama suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia. Peperiksaan dibuat di KK namun assessment dibuat ditanjung malim, belum tahu temuduga dibuat dimana. tidakkah itu menyusahkan rakyat? ada 4 orang rakan saya dari sabah tidak dapat menghadiri assessment tersebut kerana tidak berkemampuan. adilkah? siapa mahu dengar suara kami? saya sudah mengisi form di warkah untuk PM dan blog 1Malaysia. tapi siapa kami mahu dilihat aduannya? macamana orang muda seperti kami berpuas hati? mereka yang berada di zon selesa bolehlah cakap mudah, tapi kami orang muda yang merasakannya. Contohnya saya, saya terlalu menginginkan jawatan dibawah kerajaan negeri kerana saya ditaja penuh yayasan sabah dari tingkatan satu hingga lima dan biasiswa kerajaan negeri sabah dari 2003 hingga 2008 untuk menghabiskan universiti. saya bercita-cita mahu berkhidmat dengan sebaiknya kepada rakyat sabah. saya juga mahu menunaikan bon saya kepada kerajaan sabah seperti mana dalam perjanjian biasiswa saya. saya sentiasa tersenyum saudara jika ada rakan blogger yang mengulas posting saya, rasa bangga dalam diri tidak dapat disembunyikan. apatah lagi bila saudara seorang orang kuat UMNO. Dengan rasa bangganya saya amat berterima kasih pada tuan kerana menjenguk blog orang muda yang tidak seberapa ini. saya sangat teruja dengan ulasan terbaru saudara ini. tanpa sekelumit dendam saya memohon ampun dan maaf jika ulasan saya mengguris di kalbu. semoga saya dapat menimba lebih banyak ilmu dari tuan. Saudara bolehlah dapatkan buku dan hadis tentang hudud di tamma wisma muis. aku menulis bukan kerna nama. PAS TATAP PAS. TAKBIR!!

watasikadi said...

alamak tuan junaidi, belum pulak tuan approve comment saya di blog tuan. di blog ni jak pulak kita behujah.tapi saya tidak kisah. apapun salam perjuangan.

JEBATSDK said...

salam semua...

sakit perut ku ketawa... bila TPM merangkap menteri pelajaran kata mau beri tumpuan pada prasarana sekolah-sekolah.

kalau yang nda tahu apa-apa memang kena tipu pengsan-pengsan.
ramai yang nda tahu mulai tahun ni sekolah-sekolah di seluruh negara kena bayar bil letrik sendiri.
nda tahulah macamana caranya sekolah mau jimatkan penggunaan bil letrik.

utk sekolah berasrama mungkin murid-muridnya kena balik ke rumah mulai jumaat petang dan kembali semula ke sekolah pada ahad petang.
bagaimana pula dengan nasib makmal sebab nda dikasi makan di asrama pada hari tu..
Skim Baucer Tuisyen pula sudah dihapuskan..makna nda ada la sudah.

baru sj harga gula naik...dgr2 lepas ni minyak..lepas tu tol ...lepas tu...lepas tu lagi...hahahaha

RAKYAT DIBODOHKAN...KEUNTUNGAN DIUTAMAKAN...

JEBATSDK said...

punya besemangat si junaidi ni berhujah...HIDUP UMNOBN..HAHAHAHA

saudar ajunaidi...

masa hudud zaman nabi s.a.w...org arab sj ka yg tinggal di mekah/madinah? apa org yahudi /nasrani jg kena hududka??

belajar dulu bab hudud baru bole cerita pasal hudud...nanti kang nda pasal2....

Islam agama yg menyenangkan...sumul..cara hidup sempurna...

manusia dijadikan oleh Allah ...DIA tau kelemahan manusia..hudud adalah ciptaan Allah..
apa manusia lebih hebat daripada Pencipta sehingga sanggup mengatakan hudud tidak sesuai dizaman ini?..di negara ini?...
apakah kita yg berubah disebabkan oleh keadaan atau kita kah yg boleh merubah keadaan?

watasikadi said...

salam perjuangan panglima masdk,
maaf lambat respon...hidup panglimamasdk..ombor sahaja TPM dan PM tu..umum sana sini..ujung2 gagal...kontrak kami pun ndak disambung..tuan junaidi tu pejuang bersemangat tu.dalam blognya ada dia cakap bagus saya ada kerja konon, dorang tiada kerja makan ubi jak.sedarkah dorang kenapa dorang makan ubi jak sekarang? pasal mereka pejuang UMNO dan makan bangi nanti pun makan ubi jak pasal tatap UMNO dan barisan dan tatap idup susah...