Tuesday, September 22, 2009

AKAUNTAN W41- PERCUBAAN PERTAMA GAGAL

 07/08 yang lalu saya telah mengikuti program accountant general assessment centre (AGAC)di tanjung malim setelah lulus ujian bertulis yang diadakan di kota kinabalu julai lepas. Namun dukacita saya gagal dalam ujian AGAC tersebut. saya akur atas kegagalan ini dengan menerima kegagalan ini sebagai penambah semangat saya untuk mencuba lagi di lain masa. walaupun pergi dengan kos pengangkutan ditanggung sendiri, saya menerima kegagalan ini dengan sabar dan tenang. Beberapa rakan yang hadir dari sabah turut merungut kerana terpaksa membeli tiket sendiri. saya sendiri terpaksa menjual laptop saya untuk dibuat belanja ke tanjung malim dan keputusannya saya gagal dalam ujian tersebut. saya ucapkan tahniah kepada yang berjaya dan berharap pihak akauntan negara meletakkan rakyat sabah ditugaskan sendiri di sabah. jika mereka tidak memberi keutamaan kepada calon dari sabah diletakkan di sabah, satu lagi penghinaan untuk rakyat sabah kita terima. satu malaysia, tambang dikeluarkan, kerja sudah kmpom tidak dapat. sabar sebahagian dari iman. setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Apapun terjadi samaada perbelanjaan kesana ditanggung sendiri atau tidak,antara hakikat atau beban yang ditanggung, Undi masih di tangan saya...hehehe..

7 comments:

CUPING MERAH said...

salam ziarah

watasikadi said...

thanks saudaraku cuping merah

Anonymous said...

usaha tangga kejayaan.
sebagai org yg ingin berkhidmat utk negara..anda perlu redha utk ditempatkan dimana2 dlm n luar negara sekalipun..tiada penghinaan..cuma anda sendiri yg menghukum diri anda sebegitu.

watasikadi said...

Saya telah buktikan saya rela ditempatkan dimana sahaja bila saya menghadiri assessment tersebut. Penghinaan terjadi bila rakyat sabah sepatutnya boleh berkhidmat dinegeri sendiri dihantar jauh ketempat lain sedangkan orang seberang dihantar kesini. saya mahu berkhidmat disini disebabkan saya berhutang dengan rakyat sabah bila saya ditaja yayasan sabah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan universiti dari 2003 hingga 2008 oleh biasiswa kerajaan negeri sabah..sebenarnya satu pembaziran dan ketirisan ekonomi bila orang seberang dihantar kesini dengan pelbagai elaun yang tinggi berbanding jika kami sendiri yang berkhidmat disini...

musli oli said...

Uncle dan rakan-rakan tidak kunjungi blog Kelapa Mawar kerana blog itu tidak bertanggungjawab dan membiarkan blognya menjadi medan menuduh dan menabur fitnah. Kami tidak kata KM bersuhabat dengan org yg membuat serangan peribadi tetapi seharusnya KM tidak siarkan komen bersifat peribadi begitu....

Boleh pilih blog lain sebagai medan bertukar-tukar pendapat. Nanti uncle jemput rakan-rakan update blog KONSPIRASI POLITIK MELAYU

watasikadi said...

thanks uncle

watasikadi said...

thanks uncle

Daily Horoscopes