Tuesday, September 1, 2009

31 OGOS ATAU 16 SEPTEMBER? MERDEKAKAH KITA?

Pelbagai pihak mempersoalkan tentang tarikh sebenar kemerdekaan negara kita malaysia. antara yang paling lantang menyuarakan 16 september adalah tarikh sebenar kemerdekaan malaysia ialah datuk seri panglima Yong Teck Lee. tetapi pihak kerajaan tetap mempertahankan 31 ogos adalah tarikhnya.
Bagi saya tarikh 31 ogos adalah tarikh kemerdekaan malaya ataupun tanah melayu. apabila sabah, sarawak dan tanah melayu bergabung pada 16 september 1963 barulah terbentuknya malaysia. jadi mengapa malaysia merdeka pada 31 ogos 1957? sebenarnya isnin (semalam) kita menyambut kemerdekaan tanah melayu bukannya malaysia.
Apapun tarikh sebenar kemerdekaan tidak mencerminkan apa-apa pun bagi saya, apa yang penting ialah jiwa merdeka yang ada pada setiap anak malaysia. jika warga kita berjiwa merdeka barulah boleh dikatakan kemerdekaan tulen milik kita dan bukan hanya merdeka pada jalur gemilang. jiwa anak malaysia yang benar-benar merdeka ialah tidak mudah dipengaruhi dan tidak dijajah jiwanya. kita harus bertanya sendiri pada diri kita dan jiwa kita. renungkan sejenak adakah kita benar-benar merdeka. merdekakah anak malaysia dalam keadaan tidak dapat mendaulatkan bahasa kebangsaan untuk digunakan dalam mendidik anak bangsa sendiri? perlukah digunakan bahasa asing untuk mendidik mereka? sedarkah kita bahasa mempengaruhi jiwa anak-anak kita? jiwa adalah panduan kepada perbuatan mereka? mahukah kita perbuatan mereka mencontohi orang-orang asing? kalau ditanya pada diri kita memanglah kita dapat mengawal jiwa kita, tetapi sukar bagi anak-anak kita.
Sesungguhnya saudara-saudari, bahasa jiwa bangsa. dalam isu diatas (PPSMI) saya tidak dapat mengulas lebih panjang kerana saya bukanla seorang melayu tetapi seorang yang berbangsa irranun. jadi isu diatas berkait dengan jiwa orang melayu. saya cuma mengulas atas kapasiti rakyat malaysia yang cintakan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Merdekakah jiwa kita melihat gejala sosial remaja kita yang kita tahu dijajah jiwanya? apa kaitannya dengan perlembagaan negara yang kononnya berteraskan islam? mengapa tidak dijalankan hudud dan qisas bagi yang beragama islam? dapatkah hukuman perlembagaan sekarang mengawal gejala rempit? bohsia? penagih dadah? sanggupkah kita melihat pemimpin masa depan dari kalangan mereka yang menjadikan arak sebagai minuman wajib mereka? Inikah keadaan yang dibanggakan menyambut hari merdeka ke 52 tanah melayu dan ke 46 bagi sabah dan sarawak pada 16 september depan?
Tidak ada lagi masa untuk meratapi perkara ini, kita perlu terus mendidik mereka dibawah jagaan kita dengan jiwa merdeka dan patriotik. jadikan mereka yang sentiasa bertawakal kepada ALLAH dan seorang warga yang berguna.
Dalam membicarakan kemerdekaan dan semangat kebangsaan, haruslah kita beringat, jangan hanyut dalam semangat kebangsaan semata-mata sehinggakan membelakangkan agama. Utamakan kehendak Agama untuk mendapatkan jiwa anak merdeka. jangan berjiwakan merdeka dengan membelangkan agama. Jangan sesekali taksub seperti beberapa pihak yang mementingkan hari kebangsaan berbanding ibadah dibulan ramadhan.
Pesanku pada saudara-saudaku, berkatalah benar walaupun pahit , sesungguhnya ALLAH maha mengetahui. TAKBIR! SAYA TATAP SUKUNG PAS!

No comments: