Wednesday, September 2, 2009

Tug ka datu anggi? tug tekaduk-kaduk!..... naa.. tug sa mataku nia tug sa telinga ku...

Ungkapan ini adalah dari cerita dongeng dahulu kala. Apabila siti sedui' (burung pipit) menyuruh anaknya meminjam padi dari tanjung mulut ( tikus). Tikus pun berbunyi, ada tapi malam inilah kau datang ambil, tgh malam sikit la suru mamamu sedui' ambil. ok bos kata anak siti sedui'.
Malam itu si tikus pun pergi mencuri padi tuan rumah tempat dia tinggal yang memelihara seekor kucing untuk menjaga padi bernama datu anggi, siti sedui' bertanya pada sulai rumah itu, tug ka datu anggi? sulai menjawap tug tekaduk-kaduk! bermaksud sudah tidurkah datu anggi? dan dijawap tidur betul suda dia itu. lalu sedui' pun melompat masuk kedalam tempat penyimpanan padi (ongkob). belum pun penuh karung siti sedui', datu anggi terus menerkam siti sedui' lalu berbunyi, naaa tug sa mataku, nia tug sa telingaku bermaksud tidur mata saya tapi tidak telinga saya.
Kita seharusnya menjadi seperti datu anggi yang bijak dan cekap menjalankan tugas yang diamanahkan oleh tuannya. Kisah Datu Anggi dan siti sedui' ini boleh menjadi iktibar dan teladan kepada kita rakyat Malaysia. Kecekapan Datu Anggi menjalankan tugasnya dengan pelbagai cara supaya dia dapat menyempurnakan tugas dengan jayanya. Begitu juga dengan kita yang bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta haruslah sentiasa memastikan setiap kerja kita dilaksanakan dengan sempurna melalui cara yang sepatutnya.
Kecekapan membuat kerja di sektor kerajaan amat penting terutamanya bagi parti pemerintah. kelemahan ini membuatkan ahli politik pemerintah sering berang. salah siapa? siapa yang merekomenkan kebanyakan pekerja-pekerja kerajaan? bukankah ahli politik pemerintah? mengapa mereka berang dengan rekomen mereka sehingga menyalahkan mereka yang tidak bersalah? sesuaikah perkataan 'berkhidmat untuk negara' dibawah setiap surat badan kerajaan? apa kesannya kepada parti pemerintah?
Apabila saya mempersoalkan begini ramai pekerja kita yang tidak berpuas hati. saya cuma melihat pada keputusan pilihanraya lepas apabila 68% pengundi memberi pendapat puncanya ialah sistem penyampaian yang tidak cekap. Jika datu anggi boleh melakukan dengan hanya mendengar mengapa tidak kita yang menggunkan semua pancaindera ini? janganlah renungkan sampai termenung.
Sesungguhnya Keikhlasan kita, ketabahan kita, kemurnian kita akan dibalas dengan kejayaan. Kita Buat Kita Dapat! Takbir!!PAS untuk semua.

2 comments:

palingberani said...

Salam watai si kadi..

Takbir !takbir!takbir!...Teruskan perjuangan."membangun bersama islam"..Post yg menarik sdr..

watasikadi said...

Thanks paling berani. Kita perlu memikirkan bagaimana kita harus mengubah mentaliti umat islam dan masyarakat kota belud tentang pelbagai isu kini. kita perlu menjadii seperti datu anggi walaupun tidak dapat melihat tetapi dapat menangkap siti sedui'. walaupun tidak nampak apa terjadi di tempat lain perlu juga diketahui oleh kita di kota belud. semoga rakyat kota belud membangun dengan islam. takbir!