Thursday, August 27, 2009

Kartika Sari Dewi Shukarno- Patutkah disaran merayu? setimpalkah hukumannya?

Dua Datuk Seri meminta supaya kartika yang ditangkap meminum air kencing syaitan untuk merayu terhadap hukuman sebat yang dikenakan terhadapnya walaupun kartika sendiri pasrah dengan hukuman yang dikenakan.
Patutkah kartika merayu? setelah meneliti kes ini, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.
Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.
Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya, kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.
Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya. Dalam Islam, hukuman bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.
Aspek pencegahanlah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.
Fikirkanlah sendiri adakah patut kartika merayu seperti disarankan oleh dua orang datuk seri tersebut? sedangkan kartika dikenakan hukuman 6 sebatan sahaja. Apakah persepsi dan pandangan kita sebagai masyarakat terhadap saranan dua datuk seri yang bergelar menteri supaya kartika merayu? adakah ini sokongan kepada peminum arak? tahukah dua menteri ini hukuman dikenakan sudah cukup ringan berbanding sepatutnya? inikah menteri dan pemimpin negara kita yang kononnya berteraskan perlembagaan islam? tidak terfikirkah kita punca kenaikan kadar jenayah dan gejala sosial di kalangan masyarakat seperti kes ini? adakah kes-kes jenayah meningkat berkait rapat dengan kepimpinan yang diterajui parti kononnya memperjuangkan islam? jawapannya ada pada diri kita sendiri. saya hanya mampu menimbulkan persoalan. siapalah saya ini untuk memberi jawapan? daku hanya bilis-bilis yang takkan di pandang oleh dua menteri tersebut. jangan kata pandang, disepak dengan jari kelingking pun tidak layak.
Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Harus ditanya pada emak sitanggang, kenapa menyumpah tanggang menjadi batu dan bukan emas? siapa tanggang dan siapa emak? siapa pemimpin dan siapa rakyat? renungkanlah sampai termenung. ALLAHUAKHBAR!

Tuesday, August 25, 2009

PAS MENANG DI PERMATANG PASIR

KEMENANGAN PAS DI PERMATANG PASIR DIULAS PELBAGAI PIHAK DI SELURUH NEGARA. PELBAGAI ULASAN DILONTARKAN. ADA YANG MASIH TIDAK BERPUASHATI DENGAN HARI MENGUNDI YANG DIPILIH. KEMENANGAN DENGAN MAJORITI 4,451 WALAUPUN PERATUSAN KELUAR MENGUNDI MENURUN DARI 82.6% KEPADA 73.1 %BOLEH DIANGGAP SELESA TETAPI ADA PIHAK YANG BERANGGAPAN PENURUNAN MAJORITI PAS ADALAH KEMENANGAN MORAL BAGI BARISAN NASIONAL.
PERSOALANNYA KINI, MENGAPA SPR MEMILIH HARI SELASA SEBAGAI HARI MEMBUANG UNDI SEPERTI JUGA DI MANIK URAI? MENGAPA? ADAKAH SATU STRATEGI? ATAUPUN TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNDI YANG BEKERJA DI PERANTAUAN? APAPUN JAWAPANNYA RIDSECT TETAP TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA NYAMUK.
SIAPAKAH RIDSECT DAN SIAPAKAH NYAMUK? SIAPA YANG LEBIH BERKUASA, RIDSECT ATAUPUN NYAMUK? WALAUPUN RIDSECT TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA NYAMUK, BOLEHKAH NYAMUK MELEPASKAN DIRI DAN MENCAPAI KEMENANGAN? BERAPA BANYAK NYAMUK BOLEH DITEWASKAN OLEH RIDSECT?
SEMUA PIHAK HAMPIR PASTI BOLEH MENGHURAI PERSOALAN INI. NAMUN ADA PIHAK YANG TETAP TIDAK DAPAT MENERIMA HAKIKAT APABILA NYAMUK MELEPASKAN DIRI. SAMA-SAMALAH KITA MERENUNGKAN PERKARA INI.
AKHIR KALAM, SATU MALAYSIA, TAMBANG DIDAHULUKAN, KERJA BELUM TENTU DAPAT.