Monday, September 7, 2009

BAGAN PINANG PENENTU RIWAYAT UMNO- 'KU RASA HUJUNG MINGGU YANG DIPILIH'

Satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di negara kita iaitu di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Bagan Pinang merupakan salah satu DUN di Teluk Kemang yang merupakan salah satu kubu kuat Barisan Nasional. BN Menewaskan calon PR dari PAS dengan majoriti melebihi 2000 undi.
Apakah bakal terjadi pada PRK ini? Siapa yang bekal menang? Adakah Hari selasa akan dipilih sebagai hari mengundi seperti manek urai dan permatang pasir? Saya berpendapat hari hujung minggu akan dipilih kerana ia adalah kubu kuat Barisan Nasional. Jika Kubu PR pastilah hari selasa yang dipilih sebagai salah satu strategi terbaru BN.
Saya penyokong tegar PAS berharap calon PAS akan diletakkan mewakili PR sekali lagi akan membawa kemenangan. Walaubagaimanapun hakikat kekuatan BN dan kekuatan Tan Sri Isa Samad sebagai pemimpin dominan Teluk Kemang tidak dapat dinafikan. Tetapi apakah Datuk Mohamad Hasan tidak mahu meletakkan orangnya disana? Polemik dalaman UMNO akan timbul untuk pemilihan calon BN diantara team Isa Samad dan team Mohamad Hasan memang diketahui tidak sebulu.
Maruah UMNO akan tercalar jika kalah di bagan pinang kerana sudah mendabik dada apabila mengurangkan majoriti PR di dua tempat PRK sebelum ini. Bagi saya pemilihan calon UMNO merupakan penentu siapa bakal menang.
Jika ditanya pendapat peribadi saya, pastilah saya memilih PR yang bakal diwakili PAS tetapi jika ditanya secara professional saya memilih BN sebagai pemenang jika Tan Sri Isa Samad dipilh sebagai calon dengan harpan PAS dapat mengurangkan majoriti, tetapi jika orang mohamad hasan yang dipilih saya yakin PAS akan merampas kerusi Bagan Pinang. Mohamad Hasan pasti cuba tidak membiarkan Tan Sri Isa Samad Bertanding kerana selepas menang takkanlah bekas menteri besar menjadi ADUN biasa. Pasti mohamad hasan tengah berfikir antar kepentingan diri ataupun parti. Jika orangnya jadi calon UMNO pasti kalah, tetapi jika Tan Sri Isa Samad atau orangnya jadi calon akan menggugat kedudukannya sebagai MB.
Saya menjangkakan Tan Sri Isa atau orangnya akan dipilih memandangkan Tan Sri memanglah orang team Najib. Apapaun akan terjadi doa saya kepada jentera PAS semoga berjaya dan cekalkan hati dalam berjuang menegakkan agama Islam. TAKBIR!. Sesungguhnya ALLAH memberi kekuatan kepada orang-orang yang ikhlas dalam perjuangannya menegakkan Islam. Hanya doa mampu saya pohon mengiringi seluruh jentera. Kalau bukan kerana tertidur, tak mungkin arnab tewas pada kura-kura, kalau bukan kerana KJ takkan Japlin ditangkap Rasuah. Akhir Kalam, Bukalah mata hatimu untuk mencari sinar kebenaran yang hakiki.

No comments: