Monday, January 11, 2010

KEPINGGIRAN

BAGAIMANAKAN KU MULA
DAN APAKAH KATA-KATA
YANG HARUS DIABADIKAN
MENJADI BAIT KERAMAT SANG PUJANGGA

KEPINGGIRAN SANG PUJANGGA DI TANAHAIR TERCINTA
MENANAM ANGGUR TANPA HASILNYA
MENGIKAT SI PERUT MELENAKAN SANG MATA
REZEKI DI CARI TAK KUNJUNG TIBA

LAUNGAN SATU MALAYSIA BERKUMANDANG MEGAH
TERPADAM DIMINDA EPISOD HADHARI
TERANJAKKAH PARADIGMA GENERASI MADANI?
ATAU TERUS BERGELUMANG NISTA DUNIAWI

JEBAT PEMBELA DICANANG DURHAKA
FITRAH MANUSIA BERTUANKAN KUASA
PUTARAN DADU DISANDAR HARAPAN
HARTA PUSAKA MENJADI REBUTAN

MENGAPA PERLU AMUKAN SANGKERIS
ANDAI DIBERI CAHAYA SEINDAH BULAN
MENGAPA DITURUT RETORIKA HAMIS
ANDAI DISAJIKAN SEBUAH KEBENARAN…..

TAKBIR!
ALLAHHUAKBAR!

NUKILAN- WATASIKADI...

4 comments:

Anonymous said...

"lAUNGAN SATU MALAYSIA BERKUMANDANG MEGAH
TERPADAM DIMINDA EPISOD HADHARI
TERANJAKKAH PARADIGMA GENERASI MADANI?
ATAU TERUS BERGELUMANG NISTA DUNIAWI"

Dua-dua idea dan gagasan ini gagal merubah sikap mahupun akhlak semua lapisan masyarakat yang telah sebati dengan dunia hiburan yang penuh dengan kelalaian.Jutaan ringgit telah hangus demi untuk mempromosikan idea dan gagasan ini .Keadaan ini menunjukkan kebangangan dalam urus tadbir ekonomi negara sehinggakan harga gula pun tidak dapat ditangani walhal itulah keperluan masyarakat yang sangat penting. Mungkin kita sudah lupa akan janji sebelum PRU yg lalu bahawa harga minyak tidak akan naik. akhirnya 3-4bulan kemudian naik jugalah harga tersebut. Inikan pula gula.. Itulah laungan 1Malaysia

watasikadi said...

salam bulan mengambang..
terima kasih atas kunjungan tidak putus2..adapun BN bermaksud barang naik..setiap pilihanraya tokey2 inilah sponsor BN dan syaratnya barang naik bagi untung tokey untuk sponsor yang akan datang..namun ada pihak tetap menegakkan benang basah..semoga bertemu dengan saudara di tamau...

JEBATSDK said...

jgn lupa tuan hamba...ada lagi program PEMBAZIRAN DUIT RAKYAT...

"JUARA RAKYAT"

rakyat didungukan...
keuntungan diutamakan...

watasikadi said...

salam jebatsdk,
terimakasih atas kunjungan saudara ke blog kerdil ini..semoga rakyat ditunjukkan pembaziran dari program juara pembaziran wang rakyat UMNO nanti...takbir!