Wednesday, December 9, 2009

BERUSAHA MENUTUP PINTU FITNAH,

Suatu malam, ketika Rasulullah SAW sedang beri’tikaf di masjid, isteri baginda telah datang membawa makanan. Lalu baginda dan isteri berbual sebentar di pintu masjid.

Seketika, lalu dua orang sahabat dan melihat hal tersebut. Tidaklah mereka dapat melihat wajah susuk wanita yang bersama Rasulullah ketika itu kerana gelapnya malam. Kerana khuatir Rasulullah SAW sedar dan menganggap mereka sedang syak wasangka, mereka mempercepatkan langkah. Namun belum pun sempat mereka berlalu,kehadiran mereka disedari baginda, lalu mereka dipanggil. Mereka menuju ke arah baginda dalam keadaan gusar.

"Kenapa kalian cepat-cepat berjalan? Ini isteriku…" kata Rasul saw.

Cepat-cepat dua sahabat ini rasa bersalah dan meminta maaf.

"‘Ya Rasul ALLAH. Kami pasti ini isterimu. Sungguh kami tidak memikirkan yang bukan-bukan akan rasul utusan ALLAH swt"

Lalu Rasulullah saw tersenyum dan berkata,

"Aku tidak takutkan apa yang akan kepercayaan kalian. Tetapi aku amat takutkan pada syaitan yang mengalir di dalam badan manusia. Sungguh dia sentiasa akan meniupkan fitnah ke dalam hati-hati manusia."

Lihatlah betapa Rasulullah SAW sangat menjaga dan sentiasa berhati-hati dalam setiap perlakuannya. Baginda sedaya upaya untuk tidak mengetuk pintu fitnah apatah lagi membuka ruang fitnah kepada musuh yang nyata. Baginda menjentik kepantasan syaitan dalam menyuntik fitnah daripada merebak ke dalam hati dan kehidupan muslim. Kerana syaitan itu berupaya menghasut manusia dengan bisikan-bisakan jahatnya. Meniup nafsu manusia agar membara. Lalu jadilah manusia itu kroninya bagi mempromosi ‘kecantikan’ dunia di mata manusia.

Perilaku kita haruslah diteliti agar tidak disalah ertikan oleh mana-mana pihak walaupun adakalanya kita adalah benar dalam perlakuan. Dalam kecanggihan teknologi kini, fitnah boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Antaranya provokasi yang terdapat pada tajuk-tajuk media, fotografi dan pelbagai lagi.

Gosip itu kini adalah hidangan ‘istimewa’, malah antara yang tertinggi permintaannya. Lihat sahaja rating rancangan TV yang hangat membualkan kisah dan ‘berita’ semasa artis serta permainan dunia yang lain. Hanya sedikit siaran keilmuan yang tampak tinggi nilai keilmuan dan inteleknya. Ya amat sedikit berbanding rancangan hiburan yang melalaikan. Dan yang sedikit itulah menjadi tontonan golongan yang amat sedikit bilangannya. Dan amat sedikityang berbual mengenainya. Sebaliknya, jika ditanya perihal artis dan hiburan yang lain, pasti sahaja ramai yang berkerumun bercerita. Malah lebih mengecewakan apabila golongan cerdik pandai juga turut menyatu dalam dunia hedonisme dan menyokong pembangunan industri picisan yang di gambarkan salah satu ketamadunan ilmu yang tinggi nilainya.

Tak mahu mengata orang, terkadang diri sendiri juga terjebak. Mohon keampunanNya selalu. Moga kita sentiada dalam peliharaannya.

9 comments:

Kuda Berhias said...

"Aku tidak takutkan apa yang akan kepercayaan kalian. Tetapi aku amat takutkan pada syaitan yang mengalir di dalam badan manusia. Sungguh dia sentiasa akan meniupkan fitnah ke dalam hati-hati manusia."

TAHNIAH. CUKUP BAGUS dan MERESAP.

watasikadi said...

thanks atas kunjungan kuda berhias..kunjungan anda amat saya hargai sebagai anak muda yang mahu menimba pengalaman..saya turut muhasabah diri untuk menutup pintu fitnah..

malu-malukambing said...

kekadang kita melihat seseorang pada zahirnya dan kesungguhan kita untuk jadi pengikutnya, akan tetapi bila kata sudah terlanjur sanggup nigad betis ni, niah yu pesut. macam baru-baru ini pak nik aziz sanag jo numpah pak najib. kalau boleh pas akan diubah pada puki..............

watasikadi said...

salam malu kambing..terima kasih atas kunjungan..kunjungan saudara amat saya hargai..setiap perkara pasti ada sebabnya...namun lihat natijahnya bila pak najib sudah sanggup berbincang bila tahu TGNA berdoa ssebegitu rupa..tahu pun takut...dalam akta petroleum mana da wang ehsan, hanya ada royalti sahaja dan kerajaan pusat takut bila menyatakan kesediaan berbincang bila kerajaan negeri sedia membawa kes ini ke mahkamah..itu tanda pejuang nasib rakyat bukan macam pemimpin sabah, ikut sahaja kehendak pusat asal ada masuk pukit sendiri nasib rakyat tidak diendahkan..kalaulah wang royalti kita tinggi sedikit bolehlah juga kita majukan negeri kita sendiri dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada graduan mengganggur...bila kita sudah berada di zon selesa kadang2 tidak melihat orang yang susah...jawatan banyak kosong dalam kerajaan negeri tapi tiada duit mau kasi gaji , duit bonus pinjam petronas dari hasil minyak kita sendiri kita hutang..bijakkah kita? ada antara pemimpin kita seperti menegakkan benang basah, somo jo doko mempantau xxxx kulup...

Anonymous said...

Dr Yusuf Qardhawi mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan “orang munafik yang sentiasa menyebarkan fitnah dalam masyarakat Islam.” beliau ada menyebut nama Datuk Anwar, ditambah dengan perkataan “al-muftara alaih” – yang sedang difitnah. Katanya, pendustaan kaum munafik di zaman ini “lebih dahsyat daripada zaman silam”. Allah mendedahkan kejelikan mereka kerana menjatuhkan martabat orang lain. Menurutnya, terdapat ayat-ayat dalam surah Al-Taubah yang menjelaskan sikap, sifat dan ciri-ciri orang munafik. “Mereka menuduh tanpa menampilkan saksi bagi tuduhan tersebut. Ia perlu ditampilkan empat orang saksi. Tidak menampilkan empat orang saksi, maka mereka adalah sesat dan dusta,” katanya semasa memberi ceramah di MSAAS Shah Alam.

Anonymous said...

Doa Dato Nik Aziz hanya bersandarkan kepada golongan-golongan yang menganiyai dan membuat kezaliman. Dalam erti kata yang lai,zalim bermaksud meletakkan sesuatu yang bukan pada tempat asalnya. Dalam hal kelantan, benda yang sepatutnya mereka dapat dan sedang diperjuangkan ialah Royalti minyak yang menjadi hak mereka. adalah tidak wajar jika kerajaan berlaku adil dapat memberikan hak tersebut dalam bentuk ehsan. Perjuangan menuntut hak royalti tersebut mungkin akan diberi sekirannya BN menawan kelantan. itu lah cita-cita politik yang sia-sia Datuk Najib dan fraksi-fraksinya. Kononnya akan melabelkan bahawa mereka adalah pejuang rakyat juara rakyat.

watasikadi said...

salam bulan mengambang..
terima kasih bulan mengambang atas kunjungan ke blog kerdil ini..segala nasihat dari saudara amat saya hargai dan akan menjadi panduan menjalani kehidupan harian..semoa saudara sukses selalu...

JEBATSDK said...

salam..

malukambing...

knp marah ka??
apa mau c najib takut klu nda salah...

nnti aku tel TGNA suruh doakan ko supaya betul2 jadi kambing..baru ko tau!!!

watasikadi said...

salam panglimasdk,
terima kasih atas kunjungan saudara..apa yang anda cakap ada kebenarannya. kalau berani lagi suruh TGNA berdebat dengan najib siapa sebenarnya memperjuangkan islam..beranika tidak najib..pasti takut kecut perut..