Saturday, October 17, 2009

BAGAN PINANG : ANTARA MARUAH, KEMENANGAN DAN KEBERKATAN.


            Tahniah kepada Tan Sri Isa Abdul Samad(TSI) yang berjaya memenangi PRK Bagan Pinang minggu lepas dengan majoriti selesa 5435 undi. Satu kejayaan yang pada saya bukan kejayaan disebabkan partinya tetapi disebabkan hubungannya dengan pengundi Bagan Pinang. Sebenarnya kemenangan ini sudah dijangkakan ketika TSI diumumkan sebagai calon lagi. Ternyata faktor calon merupakan faktor utama dalam proses PRK kali ini walaupun beberapa pihak mempertikaikan pemilihan TSI sebagai calon. Antara yang lantang mempersoalkan kredibiliti TSI ialah negarawan Tun Mahathir (TM ) dan ketua pemuda UMNO, KJ. Mengapa dan kenapa dua insan ini tidak mahu TSI sebagai calon sedangkan beliau merupakan calon yang memang dijangka menang dan buktinya beliau memenanginya dengan majoriti selesa. Apakah kemenangan BN di Bagan Pinang bakal memberi tanda positif untuk PRU-13? Pulihkah maruah BN dengan kemenangan TSI?
            Mengapa dan kenapa KJ dan TM tidak mahukan TSI sebagai calon ialah tidak mahu maruah UMNO tercalar dengan mencalonkan perasuah yang pernah dikenakan tindakan. Namun jelas tidak memperdulikan maruah mereka dicalar diperingkat pusat asalkan mereka mengecapi kemenangan. Mungkin bagi pimpinan UBN sekarang kemenangan di Bagan Pinang boleh memulihkan maruah yang sudah sedia dicalar pada PRU-13. Jika kita teliti kemenangan ini bakal menunjukkan cara dan kriteria calon yang dipilih oleh parti-parti masing-masing. Mereka yang pernah disabitkan kesalahan akan tetap boleh menjadi calon dengan syarat menamatkan tempoh hukuman. Dan kes TSI bakal jadi rujukan kes kepada KJ dan Datuk Japlin. DSN sendiri menerima TSI sebagai calon kerana mengatakan TSI sudah melalui hukuman dan tidak melakukan kesalahan jenayah, hanya melanggar etika parti. Jelaslah disini rasuah bukanlah jenayah pada kaca mata UMNO. Kita bakal melihat keberkatan kemenangan TSI ini pada PRU-13. Tunggu dan Lihat. Satu Malaysia, rasuah didahulukan, keberkatan dikemudiankan.PAS sampai mati!!TAKBIR!!

Friday, September 25, 2009

SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL





    Terima Kasih daun keladi kepada Ahli Parlimen Kota Belud, Dato' Abd. Rahman Datuk Dahalan atas peruntukan yang diluluskan untuk membuat tandas di kampung yang memerlukan. Hari selasa lepas saya mengunjungi saudara jauh di kampung ambong dan perasan ada tandas yang dibina. Saya bertanya kepada penduduk kampung dan mereka memberitahu ia adalah peruntukan parlimen bernilai RM15,000. Saya juga diberitahu kontraktor tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan. Ini adalah salah satu jasa baik ahli parlimen kita kepada masyarakat Kota Belud dan penduduk kampung ambong khasnya. Sumbangan yang tampak tidak seberapa ini sebenarnya amat berguna kepada penduduk kampung seperti ambong. Terima Kasih YB dan Tahniah kepada Kontraktor Tuan Haji Batun kerana cekap menjalankan kerja.
    Saya terkejut terjumpa kawan lama di ambong dan kami sempat bercerita. rupa2nya ada juga yang tidak kena tentang projek tandas ini. menurut kawan lama ini sebenarnya spesifikasi dan justifikasi yang diberi pejabat daerah ialah 3 pintu dan bukan satu pintu seperti gambar di atas. Bila saya merisik dengan rakan-rakan dipejabat daerah, Kontraktor yang membuat tandas ini, Tuan Haji Batun sudah menuntut tetapi tidak menerima pembayaran dari pejabat daerah kerana tidak memenuhi spesifikasi atau justifikasi pejabat daerah. Satu tindakan yang bijak dari pejabat daerah kota belud yang sememangnya harus dipuji dan pastinya satu tamparan hebat kepada kontraktor, Tuan Haji Batun. Tuan Haji Batun memberi alasan beliau telah memberi RM6,000 kepada Pegawai Khas Parlimen kawasan Usukan En. Aslie Perlin kerana diminta berbuat demikian oleh En. Aslie Sendiri dan disebabkan itu tidak dapat membuat 2 pintu tandas sebaliknya hanya membuat 1 pintu sahaja. Jadi dapat saya simpulkan En. Aslie adalah penyebab kepada mengapa Tuan Haji Batun sebagai kontraktor tidak menerima bayaran dan ini boleh menjejaskan prestasi dan kewangan kontraktor bumiputra seperti Tuan Haji Batun yang pada saya terdesak dan dipaksa berbuat demikian. Bayangkanlah RM6,000 sudah lesap awal iaitu 40% dari nilai projek. Penduduk Kampung ambong yang sepatutnya mendapat kemudahan 2 pintu tandas hanya mendapat 1 pintu sahaja. Nama YB kita pun akan terjejas tapi apa boleh buat dia juga yang pilih sendiri pegawai-pegawainya. Baru projek RM15,000 Sudah ambil RM6,000 bayangkanlah Kalau projek RM150,000. Kualiti projek akan meragukan kerana bukan nilai sebenarnya. Ini juga akan memberi kesan kepada ekonomi negara apabila kontraktor mengalami masalah akibat orang-orang seperti En. Aslie.Beginilah kalau BN bikin projek..hehehe...anggaplah kronologi cerita ini bukan tuduhan tapi cuma mahu menceritakan supaya menjadi teladan. Satu malaysia, Suapan didahulukan, Kontraktor mati kutu.PAS pilihan tepat. Takbir!!!

Tuesday, September 22, 2009

AKAUNTAN W41- PERCUBAAN PERTAMA GAGAL

 07/08 yang lalu saya telah mengikuti program accountant general assessment centre (AGAC)di tanjung malim setelah lulus ujian bertulis yang diadakan di kota kinabalu julai lepas. Namun dukacita saya gagal dalam ujian AGAC tersebut. saya akur atas kegagalan ini dengan menerima kegagalan ini sebagai penambah semangat saya untuk mencuba lagi di lain masa. walaupun pergi dengan kos pengangkutan ditanggung sendiri, saya menerima kegagalan ini dengan sabar dan tenang. Beberapa rakan yang hadir dari sabah turut merungut kerana terpaksa membeli tiket sendiri. saya sendiri terpaksa menjual laptop saya untuk dibuat belanja ke tanjung malim dan keputusannya saya gagal dalam ujian tersebut. saya ucapkan tahniah kepada yang berjaya dan berharap pihak akauntan negara meletakkan rakyat sabah ditugaskan sendiri di sabah. jika mereka tidak memberi keutamaan kepada calon dari sabah diletakkan di sabah, satu lagi penghinaan untuk rakyat sabah kita terima. satu malaysia, tambang dikeluarkan, kerja sudah kmpom tidak dapat. sabar sebahagian dari iman. setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Apapun terjadi samaada perbelanjaan kesana ditanggung sendiri atau tidak,antara hakikat atau beban yang ditanggung, Undi masih di tangan saya...hehehe..

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA. SEMOGA SIHAT SEJAHTERA HENDAKNYA. KITA BAKAL MENYAMBUT HARI KEMENANGAN IAITU HARI RAYA WALAUPUN SAYA BELUM DAPAT GAJI. SAMBUTLAH HARI RAYA INI DENGAN PENUH SEDERHANA DAN JANGANLAH MJEMBAZIR.

Monday, September 14, 2009

SUDAH JELAS TERANG LAGI BERSULUH- SAYA SUDAH JANGKAKAN

Saya memang menjangkakan hujung minggu adalah pilihan SPR untuk pilihanraya kecil bagan pinang kerana kerusi ini adalah kubu barisan nasional. jika ianya kerusi pakatan raya mereka akan membuatnya pada hari selasa seperti manik urai dan permatang pasir sebagai salah satu strategi BN. Disini kita melihat SPR diperalatkan secara total oleh BN. Apapun terjadi saya tetap tidak dapat gaji sebelum raya dan semestinya memperingati hari raya tahun ini sehingga PRU-13. Alasan staf ramai bercuti penyebab saya dan rakan-rakan tidak diberi gaji sebelum raya amat-amat tidak munasabah. TAKBIR!!

Sunday, September 13, 2009

SATU MALAYSIA, SUDAHLAH TAK DAPAT BONUS, GAJI PULAK MASUK LEPAS RAYA.

Tidak cukup dengan kesedihan kerana ramadhan bulan rahmat akan berlalu, satu lagi kesedihan ketika menyambut hari raya bagi saya ialah apabila diberitakan kemungkinan saya dan rakan-rakan pekerja kontrak dalam pakej rangsangan ekonomi akan mendapat gaji selepas hari raya dan mungkin seawal bulan sepuluh.  .Nampaknya tiadalah duit raya tahun ini, mujurlah saya sudah membuat persiapan dengan gaji bulan lepas kerana seperti sudah merasakan sesuatu tidak dijangka akan berlaku kerana kita masih lagi didalam kerajaan BN. Alasan yang saya terima ialah staf di ibu pejabat sudah ramai bercuti bermula 16 september. Hakikatnya kami pekerja contract for services sebenarnya hanya akan mendapat gaji selepas bekerja sebulan. Tetapi mengapa staf tetap boleh menerima gaji seawal 10hb, bukankah gaji mereka berasaskan bulan? Apapun terjadi, harapan saya rakan-rakan tabah menghadapi dugaan dan ujian yang tidak seberapa ini dengan hati yang sabar. Besar pahalanya bersabar dibulan ramadhan. Kekuatan itu dapat dinilai melalui Kesabaran. Satu Malaysia, Gaji dilambatkan, kerja mau siap cepat.

Saturday, September 12, 2009

TIADA BONUS TAPI ADA KWAMP- ANTARA RUNGUTAN,KESYUKURAN DAN HAKIKAT

 "Ekonomi negara kita akan stabil menjelang suku keempat tahun ini (2009)" , " Negara kita antara yang paling stabil dan menerima impak minima akibat kegawatan global kini" , " dibawah kerajaan Barisan Nasional, rakyat masih boleh hidup aman sejahtera dan kurang terjejas oleh kegawatan ekonomi. Kerajaan kita menghadapi keadaan ini dengan jayanya" , " Rakyat tidak perlu bimbang tentang kegawatan ekonomi global kerana kerajaan kita telah bersedia".
       Kata-kata diatas adalah kata-kata menteri berkaitan dua hingga tiga bulan lepas yang menunjukkan negara kita akan stabil dan dalam keadaan selamat. Kata-kata ini terkeluar apabila pelbagai ulasan oleh pihak pembangkang tentang kegawatan ekonomi yang kita hadapi terutamanya DSAI yang dipetik berkata kerajaan hanya memberi kenyataan berbentuk retorik politik. Malangnya kebenaran ditunjukkan juga apabila kerajaan hanya mampu memberi bantuan kewangan kepada kakitangan sokongan dan tidak mampu memberi bonus kepada seluruh kakitangan awam. Bantuan kewangan RM500 tersebut ditakrifkan sebahagian kakitangan awam seperti juga bantuan kewangan kepada pelajar yang layak mendapat KWAMP disekolah-sekolah dan ini hanya diberi kepada kumpulan sokongan sahaja. Pastilah kakitangan kumpulan pengurusan dan professional merungut. Tetapi saya tetap menerima hakikat ini walaupun tidak mendapat bantuan tersebut kerana berada dalam kumpulan pengurusan dan professional. Hakikat ini sebenarnya sudah ramai yang cukup faham kerana negara kita memang menghadapi krisis dan kelembapan ekonomi yang membuat kita tidak mampu memberi bonus. sudah cukup baik sebenarnya ada KWAMP tersebut. Bersyukurlah masih ada yang mendapat bantuan walaupun sebenarnya kerajaan tidak mampu memberinya, oleh kerana memikirkan survivor politik kerajaan tetap memberinya.
     Rakyat pasti merungut, antara kata-kata kedengaran ialah " dulu kata ekonomi stabil, bila time kita minta bonus kata ekonomi lembap pulak", siapa seharusnya dipersaLahkan. ternyatalah kata-kata sebelum ini retorik semata-mata. Bagi saya yang sudah faham tidak akan merungut kerana ketiadaan bonus kita akan memberi sumbangan kepada pemulihan ekonomi negara kita. Itupun kalau wang tersebut digunakan kearah itu dan bukan kepada projek untuk kroni-kroni politik.
     Hakikatnya negara kita masih tidak stabil dan saya tetap menyokong PAS. Ada juga sumber dalaman mengatakan ada bonus sebulan gaji telah diluluskan kementerian kewangan tetapi mesyuarat kabinet tidak bersetuju dan bersetuju dengan permintaan presiden cueapacs Omar Osman. Dan KWAMP inilah permintaan Omar Osman. Tidak perlu tunjukkan protes kini, tunjukkan pada PRU-13. satu malaysia, staf sokongan dapat, professional tak dapat. TAKBIR!